Murid-murid, dalam topik ini, kita akan belajar cara untuk menjahit mata jahitan tangan. Sebelum ini, adakah murid-murid pernah menjahit? Kalau tidak, kita perlu berhati-hati apabila menggunakan alatan tangan jahitan tahu? Sebab ia mungkin akan mencederakan anda.

Anda boleh menggunakan jidal untuk mengelakkan jari terkena jarum ketika menjahit.

Sumber gambar : https://s-media-cache-ec0.pinimg.com/originals/f0/4e/3b/f04e3bdebdc8adf3750cf2be9277b212.jpg

Mari kita menerokai beberapa mata jahitan tangan. Adakah anda tahu cara untuk menjahit? Kalau tidak tahu, anda boleh belajar daripada gambar atau video di bawah.

Mata jahitan yang pertama kita hendak belajar ialah jahitan kia.

Your image is loading...

Capture
Sumber gambar : http://2.bp.blogspot.com/-rDKqAZtEC-I/T7KDHLTn69I/AAAAAAAAABs/Gjx_uuaHeas/s1600/Capture3.PNG

Murid-murid, pernahkah anda menjahit dengan menggunakan mata jahitan di atas?

Kalau tidak pernah, tak apa…

Mari kita belajar melalui video di bawah…

 

Murid-murid, seronok tak menjahit? Adakah anda tahu apa kegunaan jahitan kia?

Ya, jahitan kia digunakan untuk memulakan dan mematikan jahitan.
Selain itu, jahitan ini boleh menggantikan mata jahitan mesin.
Jahitan ini juga dijadikan sebagai jahitan sulam.
Di samping itu, jahitan ini dapat mencantumkan dua helaian fabrik atau lebih.

Murid-murid, adakah anda jelas dengan jahitan kia? Bersedia untuk belajar mata jahitan lain?

Mari kita belajar menjahit mata jahitan tangan yang lain.

 Murid-murid, sudah tidak sabar nak belajar menjahit mata jahitan tangan yang lain.

Jangan risau, kita akan belajar cara menjahit setelah kita mengetahui kegunaannya.

Kita akan melihat kegunaan jelujur halus dan jelujur kasar.

Your image is loading...

Jahitan ini digunakan untuk mencantumkan dua helaian fabrik.
Jelujur halus juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan.
Jahitan ini boleh dijadikan jahitan kekal dan lebih kukuh daripada jelujur kasar.

Your image is loading...

Jahitan ini digunakan sebagai jahitan sementara untuk menetapkan dua helaian fabrik atau lebih.

Mata jahitan jelujur kasar tidak diperlukan setelah mata jahitan yang kekal dijahit. Mata jahitan ini hendaklah ditanggalkan dengan menggunakan peretas jahitan.

Murid-murid, dah jelas dengan kegunaan jelujur halus dan jelujur kasar? Sekarang marilah kita belajar cara menjahit kedua-dua mata jahitan ini
melalui video di bawah… 

Murid-murid, seronok belajar menjahit? Masih ingat tak langkah menjahit ketiga-tiga mata jahitan tangan di atas?

Syabas! Anda memang ada bakat dalam bidang jahitan.

Untuk mengukuhkan pembelajaran anda, anda boleh lukis motif di atas fabrik dan jahit di atas motif dengan menggunakan mata jahitan yang telah anda pelajari.
 

Jika berminat, anda juga belajar cara menjahit mata jahitan tangan yang lain seperti lilit ubi, lilit kemas, sembat, sembat susup, silang pangkah dan insang pari melalui youtube.  

 

Dah menguasai mata jahitan tangan? Mari kita menyambung pembelajaran yang seterusnya.
Klik butang di bawah untuk teruskan.

Ayuh, Kita Menjahit!

 

 
 
Share