Text Box: 	
	Dalam kehidupan seharian, manusia menggunakan banyak peralatan elektrik. Peralatan tersebut membantu manusia melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah. Terdapat peralatan yang mengandungi komponen elektrik dan komponen elektronik.  
	





	Penggunaan peralatan elektronik yang banyak bermakna meningkatnya penggunaan tenaga elektrik. Kita harus tahu bahawa sumber utama tenaga elektrik adalah daripada bahan fosil, iaitu gas asli, petroleum dan arang batu. Bahan ini akan pupus jika digunakan berterusan tanpa henti. Oleh itu, kita harus memikirkan penggunaan sumber lain yang ada di sekitar kita sebagai alternatif sumber yang berikut : 
Tenaga suria - boleh menukarkan cahaya matahari kepada tenaga elektrik dengan menggunakan sel suria.
Tenaga ombak - menyebabkan pergerakan relatif pada mesin kuasa ombak dan bertukar kepada tenaga elektrik.
Tenaga biojisim - Bahan api biojisim dan biogas yang mengandungi tenaga kimia terhasil daripada tumbuhan, tanaman, haiwan reput dan najis haiwan. Tenaga kimia tersebut dapat menghasilkan tenaga haba. 
Tenaga geoterma - tenaga haba yang terhasil melalui proses ini dapat ditukar kepada tenaga elektrik.
Tenaga hidro - tenaga yang kita hasilkan melalui pergerakan air. Kita menggunakan tenaga ini untuk menghasilkan elektrik.

Sumber : http://kemahiranhidup-thn5.blogspot.com/p/elektrik-dan-elektronik.html 

Text Box:  
KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5
ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

PENGENALAN

MM
center>
Photo Cube Generator