Keamanan & Keharmonian

            

            Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

 

 

                    Perpaduan dan keharmonian yang dinikmati masyarakat berbilang kaum di Malaysia amat dicemburui banyak pihak luar. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk terus memelihara keharmonian antara individu dan masyarakat berlainan agama yang menjadi tunjang kepada kemakmuran yang telah lama wujud. Membina negara Malaysia yang merdeka dengan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama bukanlah satu tugas yang mudah. Segala-galanya terletak kepada perasaan saling hormat menghormati dan menerima antara satu sama lain yang menjadi kunci utama untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara harmoni dan pesat membangun.

 

           Untuk merealisasikan gagasan 1 MALAYSIA ini, Perdana Menteri menggariskan 8 nilai iaitu budaya cemerlang, daya tahan, rendah diri, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. 1Malaysia bukan sekadar ˇ°sebutanˇ± atau dijadikan ˇ°temaˇ± hari kebesaran tertentu, tetapi satu gagasan yang WAJIB dilaksanakan dengan sepenuh hati!

 

 

                

***Sila layari laman web ini dengan menggunakan GOOGLE CHROME***

***Terima Kasih***