DI SINI PENDIDIK BERMULA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Enjin merupakan nadi kepada sesebuah kenderaan

Enjin Kereta

Terdapat beberapa jenis enjin kereta yang digunakan di litar dan di jalan raya pada hari ini. Kebanyakan kereta  menggunakan sistem yang dipanggil kitaran pembakaran empat lejang

(four-stroke combustion cycle) untuk menukarkan petrol kepada gerakan kinetik. Pembakaran empat lejang ini dikenali sebagai kitaran Otto (Otto cycle), sebagai penghormatan terhadap Nikolaus Otto yang menciptanya pada tahun 1867.

1. Lejang pengambilan (Intake Stroke)-Udara dan bahan api disedut ke dalam silinder sebagaimana omboh bergerak ke bawah.

2. Lejang mampatan (Compression Stroke)-Berlaku apabila udara dan bahan api dimampatkan oleh 'upstroke' silinder (pergerakan omboh yang bergerak ke atas).

3. Lejang pembakaran (Combustion Stroke)-Campuran mampatan akan dicucuh dan pengembangannya memaksa silinder bergerak ke bawah.

4. Lejang ekzos (Exhaust Stroke)-Sisa-sisa gas dipaksa keluar melalui ekzos.

 

Port pengambilan dan alur keluar dibuka dan ditutup untuk membolehkan udara ditarik ke dalam silinder dan gas ekzos untuk dibuang.