Text Box: Organisasi Bengkel dan keselamatan

Pengenalan
Organisasi bengkel dan keselamatan merupakan salah satu tajuk pembelajaran yang akan dipelajari oleh semua murid yang mengambil subjek Kemahiran Hidup Bersepadu. Organisasi bengkel dan keselamatan adalah suatu sistem pengurusan yang melibatkan kerjasama guru dan pelajar dalam bengkel dititikberatkan dalam memastikan langkah keselamatan. 
Langkah keselamatan yang dibincangkan di sini adalah merangkumi segala aspek keselamatan yang melibatkan penggunaan bengkel di sekolah – sekolah. Langkah-langkah keselamatan yang seharusnya diamalkan oleh semua orang melibatkan 3 aspek iaitu menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan mesin, mengetahui cara-cara pertolongan cemas dan mengetahui cara menggunakan alat pemadam api. 
Text Box:  
Mengikut kamus dewan, keselamatan ialah suatu perkara atau langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti kecederaan atau kehilangan nyawa. Keselamatan dapat dikelaskan kepada tiga iaitu;
1. Menjaga keselamatan diri sendiri, orang lain dan alatan serta mesin.
2. Mengetahui cara-cara pertolongan cemas.
3. Mengetahui cara menggunakan alat pemadam api