TANGGAM

Text Box: 	Kaedah tanggam merupakan teknik penyambungan kayu yang telah diamalkan oleh orang Melayu terutamanya dalam pembinaan rumah dan istana warisan. Dalam seni bina warisan Melayu, kaedah tanggam menggabungkan setiap bahagian tunggal bangunan untuk membentuk satu ikatan kerangka yang kukuh. Kekuatan ini bergantung pada mutu jalinan kaedah penyambungan tersebut. Satu ciri unik dalam sistem tanggam tradisi ialah wujudnya elemen pengunci sebagai pengukuh keseluruhan kerangka bangunan. "Pemeting" atau "cemat penetap" dipasang pada komponen terakhir sesuatu bentuk sambungan yang bertindak sebagai pengunci. 

	Sambungan tanggam yang direka dengan baik dan kemas boleh dipasang atau ditanggalkan setiap satu persatu untuk tujuan pengubahsuaian dan seterusnya boleh dipasang semula. Ia boleh dileraikan mengikut urutan dan pada sambungan-sambungan tertentu, ia tidak dikunci dan mudah dipisahkan. Ini membolehkan kerja penyambungan, baik pulih, pengubahsuaian, pembesaran, pemisahan hinggalah perobohan dan pembinaan semula dilakukan tanpa merosakkan bahagian kayu terbabit. Kebitaraan dalam teknik tanggam ini menjadikannya sebagai salah satu daya cipta warisan Melayu yang unggul.

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

PENGENALAN

Batu Pahat