Text Box: Hello, Assalamualaikum. Laman ini dihasilkan khas untuk menyiapkan tugasan EDU 3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi pelajar semester 4. Laman web ini adalah salah satu teknologi yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia adalah sebagai medium pengajaran yang boleh digunakan selain menggunakan papan tulis atau slaid pembentangan sahaja. Ini dapat menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, mari kita mengikuti salah satu tajuk dalam matapelajaran Kemahiran Hidup iaitu Jahitan. Selamat Belajar.






























Jahitan merupakan unit yang mula diperkenalkan pada tahun 5 dalam bidang Reka Bentuk dan Teknologi. Oleh itu, satu pendekatan pembelajaran yang sistematik perlu disusun agar unit jahitan ini merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik minat murid. Jahitan pada tahun 5 berfokus kepada tajuk membaiki pakaian. Sebelum membaiki pakaian, murid diberi pengetahuan tentang alatan dan bahan jahitan serta cara menggunakannya. Selepas itu, mereka diajar menjahit jenis-jenis jahitan asas. Apabila murid sudah dapat menguasai kemahiran menjahit jahitan asas, barulah mereka diajar kemahiran membaiki pakaian. Murid akan diberi peluang menjahit kancing yang tertanggal pada pakaian. Kemudian, mereka membaiki kelim dan kelepet yang merentas. Selepas mempelajari topik ini mereka akan mendapat pengalaman yang sangat berguna dan dapat mengaplikasikan ilmu ini dimana jua mereka berada.

Sumber : Buku teks Kemahiran Hidup tahun 5

KEMAHIRAN HIDUP 
TAHUN 5

Konsep jahitan

Selamat datang

Manual penggunaan

Papan Cerita

Cloud Callout: Sebelum itu, anda boleh klik dibawah untuk melihat  cara-cara menggunakan laman web ini bagi memudahkan anda mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran.
Oval Callout: Anda juga boleh klik saya untuk melihat papan cerita pada laman web ini.

Flowchart: Connector: MANUAL PENGGUNAAN

SILA MENGGUNAKAN GOOGLE CHROME UNTUK MELAYARI HALAMAN INI.

TERIMA KASIH