KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH TAHUN 5

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

IKAN HIASAN

Pemeliharaan ikan hiasan  menjadi satu kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha. Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau Pinang, Perak  dan Johor. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai  sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria.  Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan.  Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz, bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

Amaran!!

Layari halaman web ini menggunakan Google Chrome untuk mendapat kualiti web yang baik tanpa ada sebarang gangguan.