Text Box: Text Box: Pakaian merupakan keperluan asas manusia. Kadang kala, tanpa kita duga, pakaian kita mengalami masalah seperti jahitan hujung tangan baju kurung terbuka, kelim dan kelepet terbuka, butang baju tertanggal dan lain-lain lagi. Oleh itu kita perlu belajar mengenal alatan jahitan dan mengetahui asas-asas jahitan sebelum membaiki pakaian.
Text Box: Penghilang Gelembung
Merupakan proses mengurangkan atau menghilangkan lebihan fabrik pada pakaian atau artikel untuk memberi bentuk dan keselesaan.
Kelim
Sejenis proses jahitan yang mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Jenis-jenis kelim ialah kelim belah kangkung,betawi,papan mesin,papan tangan dan lipat tindih.
Belah
Proses jahitan untuk memudahkan pakaian dipakai atau ditanggalkan. Belah berfungsi sebagai pemudah gerakan,sebagai hiasan dan sebagainya.
Garis Leher
Sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan menggunakankolar,kun,ropol,renda,lapik dan sulaman.
Penyudah Tepi
Merupakan proses yang digunakan untuk mengukuhkan,mengemas dan menghias hujung pakaian atau tepi artikel.
Lengan
I. Lengan Yang  Dicantum
Jenis-jenis lengan ialah lengan padanan rata, lengan gelembung, lengan bisyop, lengan kaki kambing,lengan raglan.
II. Lengan Yang Tidak Dicantum
Jenis-jenis lengan yang tidak bercantum ialah lengan dolman, lengan kimono dan lengan magyar.
Kancing
Kancing ialah alat untuk menutup belah pakaian atau artikel, mengekalkan bentuk asal pakaian dan sebagai hiasan.
Text Box: Sumber :  http://www.freewebs.com/khbsatu/jahitan.htm

Pengenalan

Text Box:  
Merupakan turutan langkah kerja menjahit yang dilakukan untuk menghasilkan pakaian atau artikel. Antaranya ialah penghilangan gelembung, kelim, belah, garis leher, penyudah tepi, lengan dan kancing.

Jahitan Asas

Text Box:
Text Box: Sila gunakan Google Chrome untuk melayari Laman Web ini.