Text Box: Manusia memerlukan barang dan perkhidmatan dalam kehidupan seharian. Namun tidak semua barang dapat disediakan atau dibuat sendiri.
	Oleh itu,manusia saling bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan barang yang mereka perlukan. Kini manusia menggunakan wang untuk mendapatkan barang keperluan. Kegiatan jual beli ini dikenali sebagai Perniagaan Dan Keusahawanan.
Text Box: PERNIAGAAN
	- Aktiviti membeli dan menjual barang serta perkhidmatan dengan tujuan untuk 	  	 	  mendapatkan keuntungan.

PENIAGA
	- Orang yang menjual barang atau membekalkan perkhidmatan dengan harga 	 	  	  yang lebih tinggi supaya mendapat keuntungan.

USAHAWAN
	- Orang yang melakukan kegiatan menghasilkan, memasarkan barangan serta 		  	  menjual barangan yang dihasilkan.

KUMPULAN SASARAN
	- Orang yang bakal membeli barang yang dijual atau merujuk kepada pembeli 	  	  	  yang disasarkan untuk membeli barang yang hendak dijual.

JABATAN KEMAHIRAN HIDUP

Text Box: PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Text Box: PENGENALAN