Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras untuk murid bukan beragama Islam di peringkat sekolah rendah dan Menengah.

         Mata pelajaran ini yang memberi tumpuan pada pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia bertujuan melahirkan murid yang berilmu pengetahuan, berperibadi mulia, serta rela dan sanggup berbakti kepada masyarakat dan negara.

         Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah merangkumi aspek diri, keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.

         Laman web ini membincangkan tentang nilai kerajinan dengan teliti dan implisit bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.

 

Text Box: IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
Pendidikan Moral Tahun 5

Adam Lambert-No Boundaries

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia. (2000). Sukatan Pelajaran. Diakseskan pada 22/8/2013  dari  http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/moral/sp_moral_kbsr.pdf