PERMAINAN BADMINTON

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

Flowchart: Alternate Process: Badminton adalah sejenis sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain iaitu dalam acara perseorangan dan empat orang pemain iaitu dalam acara beregu. Posisi permainan adalah secara bertentangan di dalam sebuah gelanggang yang dibahagikan oleh jaring. Mata diperoleh apabila bulu tangkis melepasi jaring dan jatuh  ke dalam gelanggang pihak lawan.
 
	Sukan badminton biasanya dipertandingkan dalam lima acara iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran iaitu seorang lelaki dan seorang wanita dalam satu beregu. Dalam sukan ini pemain haruslah mempunyai stamina yang baik, ketangkasan,kelajuan dalam mengawal posisi gelanggang dan ketelitian dalam memerhatikan pergerakan bulu tangkis. Kemahiran teknikal (skill) adalah amat penting terutamanya dalam mengatur setiap pukulan bulu tangkis yang akan mengelirukan pihak lawan sekaligus akan memberi mata kepada pemain.  
 
Sumber daripada : http://bac12wankamarzaman.blogspot.com/2012/09/pengenalan-ringkas-sukan-badminton.html 
 

PENGENALAN