HIDUP BERJIRAN

PENGENALAN

Text Box: Apa yang anda faham tentang hidup berjiran ?

Jiran tetangga yang dimaksudkan ialah keluarga yang tinggal di persekitaran kita, iaitu empat atau lima puluh rumah dari setiap sudut. Merekalah yang mula-mula sekali wajib perlakukan dengan baik sebelum keluarga lain, iaitu dengan menjaga air muka agar sentiasa  manis tanpa ada tanda-tanda permusuhan atau kebencian, saling memberi apabila mendapat rezeki lebih, menahan rasa dengki atau sakit hati yang di timbulkan oleh jiran lain dan menahan diri daripada membalas terhadap jiran yang telah menyakiti hati kita. 
	Demikianlah kewajipan hidup berjiran. Apabila kewajipan-kewajipan ini telah dapat diamalkan oleh setiap orang yang berjiran, nescaya tercipta suasana tenang dan tenteram dan penuh kedamaian.
	Setiap orang mempunyai jiran. Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan kita. Hidup berjiran ada banyak faedah. Jika kita ada masalah, jiran kita akan menolong kita menyelesaikannya. Misalnya apabila kita kesempitan wang, kita boleh meminjam daripada mereka dan tidak perlu meminjam wang daripada bank kerana kita kena membayar faedah kepada bank.Meminjam daripada jiran pula tidak kenakan faedah.

	Hidup berjiran juga boleh mengeratkan hubungan kita antara satu sama lain. Kita boleh sentiasa bermain bersama, bersembang bersama dan membuat sesuatubersama. Lama-kelamaan, hubungan kita dengan jiran akan lebih erat. Selain itu, kita juga boleh menikmati kegembiraan dan kesedihan antara satu sama lain. Apabila kita berasa sedih, kita boleh memberitahu jiran kita. Apabila kita berasa gembira, kita juga boleh memberitahu mereka,agar mereka akan menikmati bersama dengan kita. 

	Hidup berjiran boleh memupuk kepercayaan antara satu sama lain.  Misalnya, apabila kita dituduh mencuri barang orang lain, jiran yang mempercayai kita akan menolong kita. Begitu juga dengan sebaliknya, jika jiran tidak mempercayai kita, mungkin mereka akan memarahi kita dan membenci kita. Sebagai kesimpulan,hidup berjiran memang ada banyak faedah.