Pengajaran dan pembelajaran matematik tahun 2

MARILAH KITA BELAJAR Tema wang

PENGENALAN

         Wang juga dikenali sebagai duit. Banyak barang yang telah dgunakan sebagai wang, daripada logam berharga dan cangkerang yang memang sukar dijumpai kepada rokok dan seterusnya wang yang dicipta manusia seperti wang kertas.          Wang moden (dan kebanyakan wang purba juga) sebenarnya hanyalah sebagai simbol dalam erti kata lain, konsep abstrak. Hari ini, wang kertas adalah bentuk wang yang paling lazim digunakan. Walau bagaimanapun, benda-benda lain seperti emas atau perak mengekalkan kebanyakan ciri penting sebagai wang.

         Pada hari ini, kita akan mempelajari subjek Matematik dan bertema wang. Pengajaran untuk sesi ini adalah mengenai nilai wang dari RM1 hingga RM 100. Sesi pembelajaran ini direka untuk pelajar Tahun 2.