AKTIVITI 2

Aktiviti 2

Bagi aktiviti 2 murid dikehendaki untuk menjawab semua soalan objektif yang telah disediakan. Berdasarkan aktiviti 2 murid dapat menilai keupayaan mereka dalam pengusaaan tatabahasa bahasa Melayu. Setelah selesai mereka dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan mereka dalam tatabahasa bahasa Melayu.
Sila jawab soalan dengan betul dan tepat :
1. Pemburu itu cuba .......... kera dengan menggunakan perangkap yang dibuat daripada buluh.
A menangkap
B memerangkap
C memperangkapkan
D menangkapi

2. Kebolehan dalam permainan badminton ............. apabila dia menjuarai acara perseorangan di peringkat daerah.
A terserlah
B tampak
C kelihatan
D bermula

3. Encik ALi ialah Guru Besar kami yang baru . Sebelum ini ............ bertugas di sebuah sekolah di Pulau Pinang.
A dia
B ia
C baginda
D beliau

4. Bangunan yang dibina itu tidaklah .................. Menara Kuala Lumpur yang merupakan bianna tertinggi di Malaysia.
A secantik
B seperti
C setinggi
D secomel

6. Kumpulan pengganas itu akhirnya menaikkan ............... tanda menyerah kalah setekah tempat persembuyian mereka dikepung oleh pasukan keselamatan.
A tangan ke atas
B senjata berat
C bendera putih
D harga diri

7. Para penonton mengejek pengadil itu kerana bersikap............. semasa mengadili perlawanan bola sepak itu.
A pilih kasih
B berat sebelah
C pilih bulu
D sebelah mata

8. ................. tiada kerja di kampung, dia pun berpindah ke bandar untuk mancari kerja.
A Lantaran
B Manakala
C Jika
D Walhal

9. Pelajar nakal itu didenda oleh Guru Besar kerana enggan memotong rambutnya yang panjang .................... sudah beberapa kali diberi amaran.
A sekiranya
B sebab
C walaupun
D andai kata

10. Para nelayan itu turun ke laut dengan membawa tiga ............ jala dan beberapa ........... joran.
A buah ... rumpun
B rawan ... batang
C batang ... rawan
D longgok ... buah