Pengenalan

 

Apakah itu WANG ???

Wang didefinisikan mengikut daripada mana wang itu digunakan. Ia didefinisikan juga sebagai apa sahaja yang dikenali sebagai alat pengukur nilai atau kerana kuasa belinya.

Keperluan mengenal wang amat penting kerana ia adalah salah satu kemahiran yang digunakan dalam kehidupan kita seharian. Kita memerlukan wang untuk mendapatkan keperluan harian kita seperti makanan dan minuman, tempat tinggal dan perkhidmatan.

Oleh itu, kemahiran mengenal wang adalah antara kemahiran yang wajib dikuasai oleh kanak-kanak sejak di Prasekolah lagi. Terdapat dua jenis wang iaitu wang syiling dan wang kertas.

Wang kertas yang biasa digunakan dalam kehidupan harian kita ialah not RM1, RM5, RM50 dan RM100. Manakala syiling pula terdiri daripada 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Selamat Datang ke Dunia Matematik!

Marilah Mengenal Wang ~

Matematik Pendidikan Prasekolah